Smoothy Donky Web ϟ
Smoothy Donky Web
STATUS : In a relationship.



Credits


The Template By : Mrs AF
Some Helped : Shira Radzuan
Basecode : Qistina. Re



Smile even though its hurt :'/

Friday, January 11, 2013 4:23 AM 0 Atashinci(s)

Hello stalker,

Semakin hari makin aku rasa giveup untuk teruskan hidup dengan dia. Aku dah tak tahan untuk tanggung derita ini. Semakin aku terluka, semakin sakit perit yang aku rasakan. Walaupun aku cuba untuk lupa tentang apa yang aku rasa, tapi akhirnya aku kalah. Aku hanya dapat lepaskan dengan tangisan sahaja.

Depan semua orang, aku nampak gembira. Aku senyum. Aku gelak. Aku cuba nak bahagiakan hidup aku yang gelap gelemat ini. Tapi disebaliknya dengan semua itu aku menangis. Aku meraung. Bagaikan hidup di penjara. Aku taktahu dengan siapa lagi aku nak tumpang kasih. Bila aku mengadu, orang fikir aku minta simpati D;

Ya allah. Sampai bila aku mesti teruskan hubungan dengan airmata? Tiap kali aku memandang pasangan lain. Mereka nampak bahagia. Sweet couple. Hubungan diaorang penuh dengan cahaya yang menerangi. Penuh dengan gelak tawa bersama. Dan sebagainya. Itulah yang bermakna cinta.

Ya allah. Jika aku boleh tahu sampai bila aku akan diduga, tentu aku rasa tenang. Tapi apakan daya, aku tak akan pernah tahu sampai bila aku akan diduga. Aku harap disebalik ini, akan ada hikmahnya. Aku harap aku akan diduga hanya untuk sementara. InsyaAllah :-)